Privacy Notice
PRIVACY STATEMENT
Wong Jin Nee & Teo (‘WJNT’) is committed to ensuring that the personal data of its clients and/or parties who have dealings with WJNT (hereinafter referred to as “data subjects”) are protected. This Privacy Statement describes how WJNT processes (which denotes amongst others, collecting, recording, holding or storing) your personal data. Such personal data may be collected through your engagement of WJNT’s services, or through interaction with WJNT at events, seminars and/or conferences organised by WJNT or otherwise, or through visiting WJNT’s website at http://www.wjnt-law.com/ where cookies are used and/or any other means of communication between you and WJNT in which your personal data are provided to WJNT.
The English version of this Privacy Statement shall take precedence over the Malay version should there be any conflict between the two. WJNT reserves the right to revise and/or amend this Privacy Statement at any time, the updated version of which shall be posted at WJNT’s website. Unless you contact WJNT with regard to the same (WJNT’s contact details are provided at paragraph 6 below), you will be deemed to have accepted the updated version of this Privacy Statement.
1. Collection and Purpose of Processing of Personal Data
- You may have provided WJNT with your personal data including but not limited to your name, NRIC No., telephone number, address, email address etc. through your engagement with WJNT as outlined above.
- WJNT collects such personal data for the purposes of rendering its services to you. This includes amongst others, communicating with you, responding to your queries, for WJNT’s internal administrative purposes and/or in complying with legal requirements. Further, as part of our on-going efforts to improve the level of our services and to update you on pertinent changes and developments in law, news alert, or events organised by WJNT, we may periodically send you emails, newsletters, publications, survey forms, greeting cards, invitation cards or provide you with information which we consider to be of interest to you.
- Kindly note that all personal data held by us that is obtained in the course of our dealings with you will only be processed and/or used for any of the foregoing purposes and you hereby consent to the processing of your personal data for the purposes mentioned above. You are further aware that your failure to provide the relevant personal data to us may result in WJNT being unable to provide its services to you.
2. Disclosure and Transfer of Personal Data
- Your personal data may be disclosed to third parties in order to carry out our services or as required by applicable law or court order. Such third parties may include, without limitation, to foreign and local associates, private investigators, process servers etc.
- In certain circumstances, your personal data may also be transferred to a place outside of Malaysia for the purposes of carrying out our services and you expressly consent to the transfer of such data.
3. Access and Correction of Personal Data
- You may at any time request for access to and/or to correct your personal data which is inaccurate and to make inquiries or complaints pertaining to your personal data. You may also limit the processing of your personal data. The foregoing can be done by contacting the Data Controller of WJNT via the email info@wjnt-law.com or by calling the number 03-2092 3322.
- We maintain appropriate security measures to protect your personal data against any loss, misuse, modification, unauthorised access or disclosure or destruction. Kindly note that your request for the access to and/or the correction of your personal data may be refused by WJNT in circumstances stipulated under the applicable law.
PERNYATAAN PRIVASI
Wong Jin Nee & Teo (‘WJNT’) komited untuk memastikan bahawa data peribadi pelanggannya dan/atau pihak-pihak yang berurusan dengan WJNT (selepas ini dirujuk sebagai “subjek data”) dilindungi. Pernyataan Privasi ini menerangkan bagaimana WJNT memproses (yang menandakan antara lainnya, mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan) data peribadi anda. Data peribadi sedemikian boleh dikumpulkan melalui penggunaan anda terhadap perkhidmatan WJNT, atau melalui interaksi dengan WJNT di acara-acara, seminar-seminar dan/atau persidangan yang dianjurkan oleh WJNT atau sebaliknya, atau dengan melayari laman web WJNT di http://www.wjnt-law.com/ di mana ‘cookies‘ digunakan dan/atau apa-apa cara komunikasi lain antara anda dan WJNT di mana data peribadi anda diberikan kepada WJNT.
Versi Bahasa Inggeris Pernyataan Privasi ini diberi keutamaan ke atas versi Bahasa Melayu sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara kedua-duanya. WJNT berhak mengubah dan/atau meminda Pernyataan Privasi ini pada bila-bila masa, versi terkini tersebut akan diposkan di laman web WJNT. Melainkan anda menghubungi WJNT berkenaan yang sama (butir-butir hubungan WJNT ini dinyatakan di perenggan 6 di bawah), anda akan dianggap telah menerima versi dikemaskini Pernyataan Privasi ini.
1. Pengumpulan dan Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
- Anda mungkin telah memberikan WJNT data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, alamat e-mel dan lain-lain melalui penglibatan anda dengan WJNT seperti yang dinyatakan di atas.
- WJNT mengumpul data peribadi tersebut demi memberikan perkhidmatannya kepada anda. Ini termasuk antara lainnya, komunikasi dengan anda, memberi maklum balas kepada pertanyaan anda, untuk tujuan pentadbiran dalaman WJNT dan/atau dalam mematuhi keperluan undang-undang. Selanjutnya, sebagai sebahagian daripada usaha kami yang berterusan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kami dan untuk mengemas kini anda terhadap perubahan serta perkembangan undang-undang yang berkaitan, amaran berita (‘news alert’), atau acara-acara yang dianjurkan oleh WJNT, kami mungkin secara berkala menghantar kepada anda e-mel, surat berita, penerbitan, borang kajian, kad ucapan, kad jemputan atau memberikan anda maklumat yang kami anggap akan menarik minat anda.
- Sila ambil perhatian bahawa semua data peribadi yang dipegang oleh kami yang diperolehi dalam perjalanan urusan kami dengan anda hanya akan diproses dan/atau digunakan untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas dan anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan yang tersebut di atas. Anda selanjutnya sedar bahawa kegagalan anda untuk memberikan data peribadi yang berkenaan kepada kami boleh mengakibatkan WJNT tidak dapat memberikan perkhidmatannya kepada anda.
2. Pendedahan dan Pemindahan Data Peribadi
- Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatan kami atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang terpakai atau perintah mahkamah. Pihak ketiga tersebut mungkin termasuk, tanpa had, kepada firma bersekutu asing dan tempatan, penyiasat persendirian, penyampai proses dan lain-lain.
- Dalam keadaan tertentu, data peribadi anda juga mungkin dipindahkan ke suatu tempat di luar Malaysia untuk tujuan menjalankan perkhidmatan kami dan anda dengan nyata bersetuju dengan pemindahan data tersebut.
3. Akses dan Pembetulan Data Peribadi
- Anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk akses kepada dan/atau untuk membetulkan data peribadi anda yang tidak tepat dan untuk membuat pertanyaan atau aduan berkaitan dengan data peribadi anda. Anda juga boleh mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Yang tersebut di atas boleh dilakukan dengan menghubungi Pengawal Data WJNT melalui e-mel info@wjnt-law.com atau dengan menghubungi nombor 03-2092 3322.
- Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan atau kemusnahan yang tidak dibenarkan. Sila ambil perhatian bahawa permintaan anda untuk akses kepada dan/atau pembetulan data peribadi anda boleh ditolak oleh WJNT dalam keadaan yang ditetapkan di bawah undang-undang yang terpakai.